Wednesday, June 30, 2010

Night Click

salam

aku still dalam proses belajar berkenaan cara2 fotografi yang menarik. ilmu yang ada hanya sangat sedikit buat masa ni. tapi aku still cari ilmu ni. kebelakangan ni aku banyak dapat ilmu berkaitan fotografi daripada budak ofis aku. thanks shafri a.k.a shuuterz graffix ( memang hebat la foto2 kau) dan irwan (otai dalam wedding punye foto).

2 3 hari lepas aku ada amik gambar waktu malam kat area bukit ampang dan pudu jail yang dah runtuh. ok la shoot tu. lama jugak la. kuar kul 7 petang, balik kul 1 pagi. berpeluh. apapun terima kasih buat abg syam (sham scharger) and the gang kerna sedikit sebanyak mengajar aku tentang fotografi in the indirect way.

aku takde la menjadi take foto pada waktu malam. hanya aku suh orang ajar aku berkenaan setting kamera jika ingin mengambil gambar waktu malam. lepas daripada outing shoot mlm tu, ada la ilmu sikit2 dan rasa confident la jugak nak amik gambar malam.

aku terlalu idamkan nak amik gambar waktu malam kat tepi jalan raya yang sibuk dan terdapat banyak kereta. aku sangat suka gambar mcm tu. sampai harini aku belum dapat post tu. ye la, mana senang nak dapat post camtu kan.

aku akan cube la jugak nanti2. ni 2 3 keping gambar mlm yang aku belajar ambik. so tengok2 dan komen la ye.








































salam



check it out.

Friday, June 25, 2010

E-Cigarete


salam

aku baru tahu je ni. orang kate dah ramai orang tahu dan guna. mula2 tahu aku terkejut jugak. ada jugak benda mcmni. rokok elektronik. logik ke kalau ada. tapi aku dah beli dan try guna dah. status halal ke tak aku tak tahu la. rokok yang aku hisap pun takde tanda halal pun. rokok elektronik ni dapat jimatkan kos merokok la. ia juga dapat kurangkan second smoker la. dia berfungsi mcm paip la.

aku dah guna 2 hari dah. ok je rasa. dapat la kurangkan rokok yang aku hisap lebih kurang 5-8 batang sehari. kalau ada lepak2 tengok bola di musim world cup ni, 10-15 batang sehari jugak la aku habiskan. kalau ikut kan kos yang dilibatkan, dalam rm5-rm6 jugak la sehari untuk rokok aje.

aku beli e-rokok ni dari member aku. aku rasa dia dapat jimat la. lagi satu harapan besar aku, agar e-rokok ni dapat membantu perokok brenti rokok.

okay la kiranye produk ini. aku ni bukannye niaga, kalau ada orang nak,aku boleh tolong belikan dari member aku. harga tu nanti nak beli dia akan bgth la.

okay. check it out

salam






























set mengandungi rokok elektronik, charger dan satu set puntung (10 puntung)

Wednesday, June 23, 2010

Adrenalin

http://www.youtube.com/watch?v=r53ZizlVl_E

Lirik :

rangkap satu
kata mula pendahuluanku
salam mula cara kita
sejahtera semua

jangan banyak jangan sikit
sederhana cukup
cara aku cara kamu
sama tak serupa

pandanganku hanya ke langit biru
sabar menanti kelam berlalu pergi
tampil matahari berlari laju
ku terbang tinggi
menuju ke bintang itu

siapa bilang siapa kata
bulan itu jauh
siapa sangka siapa tahu
naik turun aku

pandanganku hanya ke langit biru
sabar menanti kelam berlalu pergi
tampil matahari berlari laju
ku terbang tinggi
menuju ke bintang itu

kau juga aku bukan tak biasa
dah jatuh dan bangun semula
semua tahu semua tipu
benar jadi palsu
makin dekat makin mahu
adrenalin laju

berlari laju
ku terbang tinggi
menuju ke bintang itu


check it out

Tuesday, June 22, 2010

keindahan alam

salam

hujung minggu lepas aku ada balik umah kampung belah bini aku. on the way balik singgah umah anak buah aku bertunang. disebabkan hobi baru suka nak amik gambar selalu, gatal tangan la katakan, aku try la amik gambar pokok2. ada ilmu sikit yang diperolehi dari sifu2 aku, lalu aku nak praktikkan la. jadi tak jadi suku citer la. lawa ke hodoh blakang kire la. janji aku puas hati.

dalam aku duk amik gambar dan tengok gambar yang aku amik, terlintas difikiran aku bahawa ciptaan NYA ini amatlah cantik. campuran warna pada daun, bunga dan pokok amat la menarik. lalu aku terus bersyukur kerana aku masih dapat melihat ciptaan NYA.

aku juga fikir, kalau la aku tak amik gambar benda yang aku lihat, maybe aku takkan terfikir atas sesuatu benda itu. pernah aku amik gambar pisang, kalau ditengok biasa, takde la menarik, tapi kalau amik gambar dan tengok, baru muncul keajaiban pada pisang tersebut.

aku ni dah melalut mcm ustaz dah. tapi takpe, tak salah pun kan. apapun sama2 la kite bersyukur pada NYA.

aku pun dah nak stop ni buat kali ni. nak g amik anak aku umah orang jaga. rindu lak kat anak aku ni. anak pun satu kurniaanNYA yang tak terhingga jugak. aku bersyukur padaMu Ya Allah.

aku sertakan sikit gambar yang aku ada amik. kalau asyik baca benda yang aku tuliskan boring lak. saje2 je aku letak ni. nak komen pun takpe.aku suke orang komen aku.







































ok. salam

check it out

Monday, June 21, 2010

CR vs LP

salam semua

aku ni tengah takde keje sgt skrg.tggu nak tidor je ni. aku igt aku tengah panas pasal nak tulis blog,aku pun karang la sikit2 ni.

aku ngn bebudak ofis aku ada main fifa fantasy world cup 2010 mcdonalds.tadi percaturan aku dah nak tukar la captain first eleven aku dari podolski kepada ronaldo.hati rasa tak sedap lak sebb ronaldo turun dengan tanggungjawab captain bagi portugal. bak kate member aku, kalau ronaldo captain, dia susah nak perform.

so aku tak jadi la nak jd kan ronaldo sebagai captain fantasy aku tu. aku kekalkan la podolski tu. aku duk saje ni aku tengok la point yang aku dapt untuk round 2 ni. terkejut aku tengok ronaldo dapat 19 point berbanding dengan podolski hanya dapat 7 sahaja. tapi nak wat cemana. benda dah lepas. nak nyesal pun benda tu hanya game aje. nama dah fantasy. setakat ni aku tengok point aku untuk round 2 hanya 80 point sahaja.kalau la aku letak ronaldo captain, point aku akan jadi 92 point. rugi la aku...

best jugak la main benda tu. boleh jugak kenal2 player yang tak pernah dengar nama sebelumni. spe2 nak join game ni boleh la click link ni.

http://en.mcdonalds.fantasy.fifa.com/

so aku rasa lah kempunan dekat tingkah laku aku dalam mengatur player fantasy aku tu. tapi takpe, round 3 yang akan mula esok akan aku caturkan fantasy aku tu kaw2 nye

ok sekian la.

selamat mlm

check it out...

Sunday, June 20, 2010

first shoot gambar tunang

ari minggu aku g kat anak buah aku bertunang.aku bawak la kamera d3000 aku yang tak seberapa tu.sampai je majlis dah mula.aku teringin nak amik gambar majlis tu.ada la brother sorang tu.dia ditempah oleh anakbuah aku sebagai jurufoto.dia memang power la.dan bertahun2 dah buat keje tu.malu jugak aku nak join dia sbb aku ni ilmu pun baru sikit je.nasib baik dia bagi aku amik gambar sekali ngan dia.aku tumpang2 je la.

ada la beberapa post yang menarik aku dapat.nak compare ngn bro tu amik, jauh sgt la.lgpun dia yang konker sume post.dia bagi aku mencelah pun aku dah syukur.

selamat bertuang la untuk anak buah aku.

salam.........

check it out.

beberapa keping gambar menarik bagi aku









ni gambar anak buahku yang cantik dan cute.comelll ain.......










gaya ala model.thanks sudi bergaya kat uncle














ceria di hari bahagia















hisyam yang handsome. bertuah ain dapat hisyam














post nakal dan seksi.hahahahaha














ayu.........














senyuman tak lekang

apapun selamat bertunang ain dan syam

gentlement....start your engine

salam.........

itali vs new zealand skrg dah nk masuk minit ke 70. itali 1, new zealand pun 1. dah mula boring dah nak layan world cup skrg sebb banyak team yang power2 dah kalah.
aku biasa la, kalau liga m, aku sokong kelantan coz aku org kelantan. 'red worriors'. kalau epl, mestilah MUFC,'red devil' dan kalau world cup ni, aku sokong german la. first main menang 4-0, second main kalah 0-1. hope next ni dia menang la dapat masuk next round.

jujurnya aku ni baru je tahu wat blog ni. isteri aku yang ajar buat. dia dah ada lama dah.sonok lak nampak orang ada blog.boleh tulis menulis kalau ada masa free. aku buat pun ni sebb aku ada objektif aku sendiri.aku wat ni nak hebahkan pada kawan2 yang punyai minat fotografer.aku ni baru je 2 bulan berjinak2 dengan kamera.boleh la skrg nak amik gambar cantik.compare ngn dulu, main ambik je.skrg dah tahu la apa itu gambar sebenarnya.

aku nak belajar dan berkongsi hobi dengan kawan2 yang sudi ajar aku la.selain tu aku nak isi la gambar2 menarik untuk dikongsi.hobi di sini means amik2 gambar la. disini jugak aku ingin berterima kasih la jugak kat mamat2 yang dah ajar aku pasal fotografer ni. diaorang ialah jay, usop, shafie, dan shamscharger(diaorang baca blog ni diaorang tahu la aku ni memang hargai ilmu yang diajarnye)

untuk pengenalan dan first touch aku kat blog yang belum pasti tahan berapa lama dan aktif sampai bila, aku rasa dah cukup la.banyak2 kan nanti kate orang hangat diawalan saje.

so, check it out................

salam