Amazon Deals

Wednesday, June 30, 2010

Night Click

salam

aku still dalam proses belajar berkenaan cara2 fotografi yang menarik. ilmu yang ada hanya sangat sedikit buat masa ni. tapi aku still cari ilmu ni. kebelakangan ni aku banyak dapat ilmu berkaitan fotografi daripada budak ofis aku. thanks shafri a.k.a shuuterz graffix ( memang hebat la foto2 kau) dan irwan (otai dalam wedding punye foto).

2 3 hari lepas aku ada amik gambar waktu malam kat area bukit ampang dan pudu jail yang dah runtuh. ok la shoot tu. lama jugak la. kuar kul 7 petang, balik kul 1 pagi. berpeluh. apapun terima kasih buat abg syam (sham scharger) and the gang kerna sedikit sebanyak mengajar aku tentang fotografi in the indirect way.

aku takde la menjadi take foto pada waktu malam. hanya aku suh orang ajar aku berkenaan setting kamera jika ingin mengambil gambar waktu malam. lepas daripada outing shoot mlm tu, ada la ilmu sikit2 dan rasa confident la jugak nak amik gambar malam.

aku terlalu idamkan nak amik gambar waktu malam kat tepi jalan raya yang sibuk dan terdapat banyak kereta. aku sangat suka gambar mcm tu. sampai harini aku belum dapat post tu. ye la, mana senang nak dapat post camtu kan.

aku akan cube la jugak nanti2. ni 2 3 keping gambar mlm yang aku belajar ambik. so tengok2 dan komen la ye.








































salam



check it out.

2 comments:

  1. hahaha... papepun bro.. ko kena terus rajin snap n blaja lagi function kamera ko...

    ReplyDelete
  2. thanks bro.ni aku punye first shoot malam

    ReplyDelete