Tuesday, June 22, 2010

keindahan alam

salam

hujung minggu lepas aku ada balik umah kampung belah bini aku. on the way balik singgah umah anak buah aku bertunang. disebabkan hobi baru suka nak amik gambar selalu, gatal tangan la katakan, aku try la amik gambar pokok2. ada ilmu sikit yang diperolehi dari sifu2 aku, lalu aku nak praktikkan la. jadi tak jadi suku citer la. lawa ke hodoh blakang kire la. janji aku puas hati.

dalam aku duk amik gambar dan tengok gambar yang aku amik, terlintas difikiran aku bahawa ciptaan NYA ini amatlah cantik. campuran warna pada daun, bunga dan pokok amat la menarik. lalu aku terus bersyukur kerana aku masih dapat melihat ciptaan NYA.

aku juga fikir, kalau la aku tak amik gambar benda yang aku lihat, maybe aku takkan terfikir atas sesuatu benda itu. pernah aku amik gambar pisang, kalau ditengok biasa, takde la menarik, tapi kalau amik gambar dan tengok, baru muncul keajaiban pada pisang tersebut.

aku ni dah melalut mcm ustaz dah. tapi takpe, tak salah pun kan. apapun sama2 la kite bersyukur pada NYA.

aku pun dah nak stop ni buat kali ni. nak g amik anak aku umah orang jaga. rindu lak kat anak aku ni. anak pun satu kurniaanNYA yang tak terhingga jugak. aku bersyukur padaMu Ya Allah.

aku sertakan sikit gambar yang aku ada amik. kalau asyik baca benda yang aku tuliskan boring lak. saje2 je aku letak ni. nak komen pun takpe.aku suke orang komen aku.







































ok. salam

check it out

No comments:

Post a Comment